Saturday, April 9, 2011

Faedah dan Usaha Mempercepatkan pembangunan sesebuah negara .

Malaysia merupakan sebuah negara yg kaya dengan pelbagai kaum , bangsa dan agama . Antara faedah dalam melahirkan rakyat yg bersatu padu ialah dapat menjamin keharmonian negara dan masyarakat . Keadaan negara yg aman membolehkan pembangunan ekonomi berjalan dengan lancar . Hal ini secara tidak langsung dpt menggalakkan pelabur - pelabur asing membuat pelaburan di negara ini dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara serta menggalakkan pertukaran mata wang asing yg mampu menyumbang ke arah kestabilan ekonomi negara . Selain itu , ia dpt menjamin kedaulatan bangsa dan negara . Melalui semangat perpaduan yg kental rakyat boleh menangkis ancaman dari dalam & luar negara . Hal ini kerana ia dpt mengelakkan daripada diperalatkan atau dieksploitasi anasir luar daripada dijajah dari segi ekonomi mahupun politik . Dengan ini , rakyat akan berasa selamat & bebas menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang sekatan serta pembangunan negara dapt dilaksanakan mengikut corak pentadbiran yang tersendiri.

Antara usaha mempercepatkan pembangunan sesebuah negara ialah mengurangkan jurang ekonomi. Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru (DEB) untuk merapatkan jurang ekonomi kaum. Kerajaan juga perlu sentiasa berusaha untuk menyelaraskan satu -satu bidang ekonomi supaya tidak dimonopoli sesuatu kaum. Hal ini akan meningkatkan ekuiti dalam kalangan bumiputera . Dengan ini , kekayaan negara dapat diagih sama rata antara kaum secara adil . Selain itu , usaha lain bagi mempercepatkan pembangunan sesebuah negara ialah melalui sistem pendidikan . Melalui sistem pendidikan , guru - guru perlu menitikberatkan semangat perpaduan melalui sukatan mata pelajaran Sejarah , Pendidikan Islam , dan Pendidikan Moral . Menerusi kokurikulum pula , semangat toleransi dapat dipupuk melalui aktiviti sukan , ceramah , program - program ilmiah dan kem - kem yang bersifat kerohanian . Dengan ini , semangat berpasukan dapat diwujudkan serta sikap saling bekerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pelajar .

No comments:

Post a Comment